Skip to main content

SUKMA

Sukma: Pantai Batu Laut sedia sambut kontinjen perahu layar

;;;;

Pantai Batu Laut bersedia jadi venue terbaik bagi acara perahu layar sempena Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 dengan segala aspek fasiliti dan logistik berada di tahap bersedia sepenuhnya menjelang pembukaan saingan dijadual 18 Ogos ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi, percaya persiapan di venue berkenaan berjalan lancar bagi memastikan atlet serta penyokong dapat menikmati pengalaman selesa sepanjang temasya berlangsung.

"Persiapan dan naik taraf sudah selesai. Venue ini dinaik taraf bagi urusan kontinjen perahu layar yang akan berkampung di sini. Terkini, kami sedang mempersiapkan Dataran Kemerdekaan sebagai venue perasmian dan Aneka Walk sebagai venue penutup," kata Najwan.

Kuala Langat menjadi destinasi ke-11 daripada 12 lokasi Jelajah Larian Obor Sukan Malaysia (Sukma) dan Para Sukma Selangor 2026 menerusi penganjuran Kuala Langat Merdeka Run di Dataran Pantai Batu Laut, hari ini.

Program itu menghimpunkan lebih 1,000 peserta, sekali gus membuktikan sambutan menggalakkan masyarakat setempat terhadap temasya sukan terbesar negara.

"Sudah lama kami tidak menjadi tuan rumah jadi program ini akan meningkatkan lagi prasarana di sini. Kawasan di sini menerima impak ekonomi daripada segi tempahan inap desa dan kami membenarkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk berniaga bagi menyambut atlet yang hadir bersama keluarga".

"Kami akan buat yang terbaik untuk Negeri Selangor," tambah bapa angkat perahu layar, Datuk Borhan Aman Shah.

Selepas Kuala Langat, Jelajah Larian Obor akan diteruskan di daerah Sepang sebagai destinasi terakhir sebelum obor Sukma tiba di majlis pembukaan rasmi temasya pada 17 Ogos ini.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video