Skip to main content

SUKMA

Sukma: Johor pertaruh insentif RM10,000 sasar 45 emas

sukma johor

Kontinjen Johor secara rasmi memulakan misi ke SUKMA Selangor 2026 selepas malis bendera kontinjen dalam satu majlis di MBIP, Iskandar Puteri, sambil meletakkan sasaran 45 pingat emas, 55 perak dan 43 gangsa pada temasya kali ini.

Bagi menyuntik motivasi atlet, Kerajaan Johor turut mengumumkan peningkatan insentif kemenangan. Pemenang pingat emas acara individu kini bakal menerima RM10,000, manakala acara berpasukan sehingga enam atlet akan menerima RM9,000 seorang dan RM8,500 seorang bagi acara yang melibatkan lebih tujuh atlet. Pemenang perak dan gangsa turut menikmati kenaikan ganjaran, selain Olahragawan dan Olahragawati SUKMA masing-masing akan menerima insentif khas sebanyak RM5,000.

Johor mempertaruhkan 689 atlet, dibantu 150 jurulatih dan 48 pegawai, yang akan beraksi dalam 379 acara daripada 37 jenis sukan. Sementara itu, kontinjen Para SUKMA pula dibarisi 110 atlet, 23 jurulatih dan 28 pegawai bagi saingan 10 jenis sukan.

Kontinjen Johor diketuai Mohd Hairi Mad Shah selaku Chef de Mission, dibantu tiga Timbalan CDM iaitu Dato’ On Jabbar, bekas petinju professional, Muhamad Farkhan Mohd Haron, dan Nurfariha Abdul Razak.

Selepas muncul juara keseluruhan pada edisi 2022, Johor sekali lagi hadir dengan misi besar untuk kekal sebagai antara kuasa utama SUKMA, dengan ganjaran yang lebih lumayan diharap mampu menjadi pembakar semangat atlet untuk me

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video