Skip to main content

SUKMA

Sukma: Gelaran juara idaman Wilayah Persekutuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukma

Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Nik Ahmad Zahiruddin, menyasarkan kontinjen Wilayah Persekutuan untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Selangor dari 15 hingga 24 Ogos depan.

Selepas sesi bedah siasat pencapaian edisi lalu, hanya satu pingat emas memisahkan mereka dengan tuan rumah, Sarawak, iaitu juara keseluruhan.

Advertisement

Menurutnya, pasukan MSWP sudah menjalani latihan rapi dan bersedia sepenuhnya untuk temasya kali ini.

"Persiapan kami sejak habis Sukma 2024 hingga sekarang.

"Dengan kerjasama semua pihak, kami mengharapkan satu keputusan yang baik pada tahun ini," katanya di Home of Sepak Takraw, Stadium Titiwangsa, hari ini.

Mengulas sasaran spesifik sepak takraw, dia menyerahkan keputusan muktamad kepada jurulatih untuk menentukannya.

"Walaupun bukan milik Wilayah Persekutuan tapi Insya-Allah kami ada kelebihan," katanya lagi.

 

Must Watch Video