Skip to main content

Bola Sepak

SUKMA 2026: Undian sukan berpasukan sahkan laluan mencabar buat Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan

SUKMA 2026: Undian sukan berpasukan sahkan laluan mencabar buat Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan

Kurang sebulan sebelum temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 membuka tirai pada 15 Ogos depan, saingan dijangka semakin sengit selepas majlis undian acara sukan berpasukan berlangsung di Petals Event Space, Shah Alam, pada Khamis.

Undian itu menyaksikan beberapa acara utama diwarnai pertembungan menarik seawal peringkat kumpulan, sekali gus memberi bayangan persaingan sengit dalam misi memburu pingat emas.

Bagi acara bola jaring wanita, juara bertahan Wilayah Persekutuan diundi dalam Kumpulan A bersama Negeri Sembilan dan Perlis. Sementara itu, tuan rumah Selangor bakal berdepan cabaran daripada Sabah serta naib juara edisi 2024, Kedah, dalam Kumpulan B.

Dalam acara sepak takraw berpasukan lelaki, Kumpulan D dijangka menjadi tumpuan apabila menghimpunkan Melaka, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Pahang. Kehadiran empat pasukan yang mempunyai tradisi kuat dalam sepak takraw dijangka menjadikan saingan kumpulan itu antara yang paling kompetitif.

Acara ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki turut menawarkan aksi menarik apabila juara bertahan Johor diundi bersama Selangor dan Perak dalam Kumpulan A. Naib juara edisi lalu, Terengganu, pula akan memulakan kempen dalam Kumpulan B bersama Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Selain tiga sukan utama tersebut, majlis undian turut melibatkan acara futsal, bola tampar, hoki, kabaddi, sofbol, polo air, bola keranjang 3x3, bola keranjang 5x5 serta sepak takraw, yang menawarkan lapan kategori pertandingan.

Secara keseluruhan, sebanyak 10 jenis sukan berpasukan merangkumi 27 acara akan dipertandingkan pada SUKMA Selangor 2026.

Keputusan undian ini dijangka menjadi panduan penting buat setiap kontinjen dalam merangka strategi dan persiapan akhir sebelum temasya sukan terbesar negara itu membuka tirainya bulan depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Related Topics

Must Watch Video