Skip to main content

SUKMA

SUKMA 2026: Skuad gimnastik berirama Wilayah Persekutuan hadir ke Selangor dengan misi pertahan emas

AA

“Kita tak boleh tentukan kehebatan lawan, tapi kita boleh tentukan kehebatan pasukan sendiri.” 

Itulah falsafah yang menjadi nadi perjuangan skuad gimnastik berirama Wilayah Persekutuan dalam misi mempertahankan pingat emas kedua berturut-turut di pentas Sukan malaysia (SUKMA).

Sedar akan saingan kali ini bakal lebih sengit dengan setiap kontinjen tampil membawa barisan atlet terbaik -- bagi mereka, ukuran kejayaan bukan terletak pada reputasi pencabar, sebaliknya pada kemampuan sendiri.

Semangat itu pernah diterjemahkan di SUKMA Sarawak 2024 di mana kuartet yang dibarisi Zhafirah Wong, Cassidy Tan Jia Xin, Rhea Dhaliwall dan Sui Ruzanne yang menghadiahkan pingat emas buat kem Wilayah Persekutuan.

“Setakat ini, saya merasakan kita telah fokus kepada kemampuan diri sendiri, dari melihat kemampuan orang lain. Pada akhirnya, ia terletak kepada bagaiamana kami membuat suatu persembahan itu kerana kita tidak boleh mengubah persembahan orang lain. Jadi, kita akan sentiasa berikan yang terbaik,” katanya.

Dan di sebalik kejayaan itu, mereka mengakui sentuhan barisan jurulatih menjadi faktor paling besar membentuk keyakinan pasukan walaupun  beraksi buat kali pertama di pentas Sukma.

“Saya rasa kekuatan kami (Wilayah Persekutuan) adalah kemahiran serta dedikasi tinggi jurulatih, ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan tanpa mengira sebarang situasi,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video