Skip to main content

Hoki

SUKMA 2026: Sekarang dia lebih matang -- Nik Jeremy perkuat skuad hoki Wilayah Persekutuan

dd

Bahang kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 semakin dirasai dengan berbaki lima belas hari menuju upacara pembukaan temasya. 

Bagi sukan hoki lelaki, tumpuan terarah kepada salah satu kuasa besar SUKMA, pasukan Wilayah Persekutuan yang merupakan pemenang pingat gangsa di SUKMA Sarawak. 

Skuad Wilayah Persekutuan diperkuatkan dengan penjaga gol remaja negara, Nik Jeremy Haidi Nik Feizal Haidi, dalam senarai akhir lapan belas pemain yang diumumkan Ketua Jurulatih, I. Vikneswaran. 

Wilayah Persekutuan cukup rapat dengan perkembangan karier Nik Jeremy dengan jalinan Kerjasama tersebut dilanjutkan sehingga ke pentas Sukma edisi kali ini. 

“Kali pertama dia main Piala Tun Abdul Razak, waktu itu saya adalah jurulatih pada tahun 2023 di mana Kuala Lumpur muncul juara. Sekarang dia lebih matang dan bermain bawah 18 sebagai pemain terbaik dalam kejohanan di Jepun baru-baru ini.

"Ini merupakan situasi yang terbaik bagi dia, dan dari segi akademik, dia juga cemerlang. Di sini, dia harus menyeimbangkan kedua-duanya. Kedudukan dia untuk pasukan Kuala Lumpur dalam SUKMA sudah pasti ada Amirin dan Jeremy yang memiliki keupayaan tersendiri,” jelasnya. 

Sementara itu, Skuad Hoki Wilayah Persekutuan enggan mengumumkan sasaran sebaliknya lebih selesa dengan status bukan pilihan pada temasya kali ini. 

Selepas mengambil kira pelbagai faktor, Wilayah Persekutuan sedang membina skuad ampuh pada SUKMA edisi seterusnya dengan mempertaruhkan majoriti bakat muda yang masih beraksi pada SUKMA edisi 2028. 

“Sasaran Kuala Lumpur kali ini dengan skuad yang baru sudah tentu ada cabaran baharu. Pahang,Perak, Johor, Selangor dan Terengganu adalah pasukan yang mempunyai lebih pengalaman. Jadi di sini, kita harus mencari sesuatu untuk mencari prestasi yang lebih baik berbanding pasukan-pasukan lain dan itulah persediaan kami,” ulasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video