Skip to main content

SUKMA

Sukma 2026: Nampak tenang di wajah tetapi gelora di hati Joey Tan tak siapa tahu

Joey

Wajah tenang Joey Tan setiap kali berdiri untuk memulakan panahan membuatkan ramai menyangka dia tidak gugup.

Hakikatnya, pemanah recurve dari Miri, Sarawak itu akui dia seorang yang mudah berdepan tekanan dan gugup setiap kali turun bertanding.

Perasaan itu tidak pernah hilang sepenuhnya, apa yang berubah hanyalah cara Joey mengendalikannya agar ia tidak mengganggu rentak panahannya.

Setiap kejohanan dianggap peluang menambah pengalaman sambil terus memberanikan diri berdepan tekanan mendatang.

Hasil pendekatan itu, Joey melengkapkan hatrik emas acara recurve individu wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Selangor hari ini selepas turut menjuarainya dalam edisi di Sarawak pada 2024 dan di Kuala Lumpur pada 2022.

"Saya masih rasa tertekan, saya tahu ia tidak sepatutnya seperti itu tetapi perkara seperti ini tidak boleh dikawal," katanya kepada wartawan Astro Arena,Ainul Abd Rouf.

"Saya perlu belajar dalam setiap kejohanan. Mungkin ada pertandingan yang anda tidak dapat belajar tetapi ia boleh dikatakan rezeki.

"Anda perlu menimba pengalaman dan lebih berani untuk melawan tekanan."

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video