Skip to main content

Berita Sukan Am

SUKIPT: UM sedia sambut lebih 7,500 atlet, platform momentum Sukan Asia

j

Temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2026 kembali dengan penganjuran edisi ketujuh yang bakal dilangsung di Universiti Malaya (UM) dari 28 Ogos hingga 6 September depan.

Bertemakan 'Mencipta Legasi Juara', penganjuran SUKIPT tahun ini bakal mempertandingkan 30 acara sukan dengan menawarkan sebanyak 251 pingat emas keseluruhan.

Dengan penyertaan daripada 65 kontinjen IPT, lebih 7500 atlet, 2000 pegawai serta 800 sukarelawan akan menjadikan SUKIPT 2026 sebagai antara temasya sukan mahasiswa terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia.

Untuk rekod, UiTM muncul juara keseluruhan SUKIPT 2024 dengan kutipan 38 emas, 20 perak serta 39 gangsa.

"Saya cukup bangga dengan pelancaran yang menjadi petanda bahawa Universiti Malaya sudah bersedia untuk penganjuran sebegini.

"Saya rasa semua program boleh dibuat di UM yang merupakan sebuah pusat yang mempunyai kemudahan yang mencukupi menampung IPT-IPT Malaysia.

"Persiapan kami hampir mencapai 100 peratus jadi kami sedia menganjurkan pelbagai jenis sukan kecuali golf," katanya dalam Majlis Pelancaran SUKIPT 2026 gari ini.

Tambah Naib Canselor UM, Datuk Seri IR. Dr. Noor Azuan Abu Osman, "Dengan mengambil kira ramai atlet kami yang mewakili negara, saya mengharapkan satu keajaiban untuk mereka memecahkan rekod kebangsaan."

"Di sebalik keadaan semasa, kami masih dapat mengekalkan acara dan komitmen penyertaan yang tinggi, ini suatu yang positif buat arena sukan negara.

"Kami mengharapkan lebih banyak rekod kebangsaan sebagai persiapan ke Sukan Asia.

"Saya harap SUKIPT mampu menjadi platform terbaik buat mereka mencapai potensi," kata Timbalan Setiausaha Agung Perancangan Strategik Sukan KPT, Dr Hanafiah Ayub.
 

Must Watch Video