Skip to main content

Silat

SUKIPT: Pesilat wanita UPNM rai emas di hospital

aa
Advertisement

Final silat kelas A wanita menyaksikan detik mendebarkan buat kem Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pesilat UPNM, Nur Fazlina Syafiqa Mohamad Fairus, yang mendahului 23-12 dalam pusingan kedua menentang wakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurin Alyaa Damia Mohd Masran, tidak dapat meneruskan perlawanan selepas ditimpa kecederaan.

Advertisement

Ia berpunca daripada tendangan susulan pihak lawan sewaktu wasit menghentikan pertarungan.

Meskipun perlawanan terpaksa dihentikan atas nasihat doktor, Nur Fazlina tetap dinobat sebagai pemenang pingat emas Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Edisi ke-7 berdasarkan kelebihan mata.

Advertisement

Ketua jurulatih silat UPNM, Roslan Ibrahim, memaklumkan Nur Fazlina kemudiannya terus dibawa ke zon kuning hospital bagi pemeriksaan lanjut akibat kecederaan dalaman tersebut.

"Nur Fazlina sedang mendahului  (pertarungan).

"Pelanggaran itu masih berlaku apabila wasit sudah menghentikan perlawanan, tapi pihak lawan masih menendang ke bawah perutnya yang menyebabkan kecederaan dalaman.

"Nur Fazlina nak teruskan pertarungan, tapi doktor tak benarkan dan mintanya dibawa hospital.

"Apabila doktor tekan perutnya, dia mengadu masih berasa sakit," jelasnya.

Menurut Roslan lagi, kejohanan kali ini menjadi penampilan terakhir buat Nur Fazlina yang kini sudah pun terjun ke bidang kejurulatihan termasuk bergelar pensyarah di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan menyambung pengajian di peringkat sarjana.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video