Skip to main content

Futsal

SUKIPT: MSU pecah dominasi futsal UiTM

hhhh

Ikatan silaturahim di luar gelanggang menjadi resipi utama kejayaan pasukan futsal Universiti Management and Science, MSU yang menamatkan dominasi Universiti Teknologi MARA, UiTM dalam Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Arena Sukan UNITEN menyaksikan persaingan sengit di antara kedua-dua pasukan, sebelum MSU mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 3-1 ke atas juara bertahan edisi 2022 dan 2024 itu.

MSU terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan Irsyad Ruzain Zamri pada minit ke-23, sebelum UiTM bangkit menyamakan kedudukan menerusi kapten mereka, Muhammad Zufayri Shamsul Asmardy, pada minit ke-37 untuk mengheret permainan ke masa tambahan.

Kematangan serta keakraban itu terbukti pada masa tambahan apabila msu meledak dua lagi gol penting menerusi Muhamad Alif Haiqal Asri pada minit ke-42 dan Mohammad Haikal Warisan Wakil pada minit ke-48.

Kemenangan dramatik 3-1 ini bukan sahaja menjulang MSU sebagai juara baharu, sekali gus merobohkan penguasaan UiTM yang memegang status juara sejak dua edisi lalu.

"Kami amat rapat sejak awal kejohanan lagi.

"Kami juga tinggal serumah jadi persefahaman kami kuat," kata ketua pasukan MSU, Irsyad.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement