Skip to main content
Advertisement

Sukan Lain

SUKIPT 2026: UPM bedah siasat hadapi saingan tahun depan

aaa

Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Universiti Putra Malaysia (UPM), Malik Tobias, percaya dua sukan yang akan kembali diberi perhatian menyeluruh menjelang  Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 akan datang adalah bola tampar lelaki dan ragbi.

Malik menyifatkan kesilapan teknikal menjadi punca UPM gagal membawa pulang pingat emas dalam sukan tersebut.

Bedah siasat besar-besaran akan dilakukan menerusi satu bengkel pada hujung tahun ini sebagai perancangan menghadapi temasya lebih besar pada 2027.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, dia mahu atlet seimbang daripada segi pelajaran dan sukan serta tidak keciciran dalam sebarang aspek.

Bekas jaguh dekatlon kebangsaan itu juga berharap penganjuran kejohanan berfokus untuk acara heptathlon dan decathlon diperbanyakkan di peringkat akar umbi sehingga ke peringkat tertinggi.

Malik akan berbincang dengan Olahraga Malaysia (MA)  bagi mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman untuk melatih atlet heptathlon dan decathlon secara sepenuh masa.

"Ada beberapa sukan yang kami kalah iaitu skuad bola tampar lelaki dan ragbi.

"2027 kita akan menghadapi Sukan SEA dan Sukan Universiti Dunia.

"Kami mahu memastikan mereka mengekalkan prestasi dan tidak ketinggalan dalam saingan 2027," katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement