Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT 2026: Universiti Malaya sasar 35 emas, jamin persiapan pada tahap terbaik

ll

35 pingat emas - Itu sasaran Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman, buat kontinjen Universiti Malaya dalam temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.

Sasaran itu selaras dengan status Universiti Malaya selaku tuan rumah kali ini dan juga bakal menjadi hadiah terbaik menjelang sambutan ulang tahun ke-121 universiti itu.

"Sasaran spesifik emas adalah 35, saya sememangnya setiap acara dimenangi UM tetapi semua universiti mahukan perkara sama.

"Paling penting adalah semangat kesukanan buat setiap atlet, paling penting semangat kesukanan buat setiap atlet kerana telah berjaya ke SUKIPT," katanya.

Noor Azuan juga menegaskan UM dalam kesiapsiagaan terbaik sebagai tuan rumah untuk SUKIPTS edisi ketujuh ini.

Semua venue telah dipersiapkan dengan lengkap dalam menyambut ribuan atlet dan juga penyokong yang akan hadir menonton.

"Persiapan UM berada dalam fasa terakhir dan berjalan lancar, semua kelengkapan dan pengurusan berada pada tahap terbaik.

"Fokus utama UM sebagai tuan rumah, dapat pastikan pegawai, atlet bertanding dengan selesai dan secara profesional. Kelengkapan juga bersedia. Datanglah UM dan lihat sendiri persiapan." kongsinya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video