Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT 2026: RM30,000 menanti atlet Universiti Malaya pecah rekod kebangsaan

f

Sebanyak RM30,000 telah ditawarkan Universiti Malaya (UM) seandainya ada atlet universiti itu yang berjaya mencipta kejutan memecahkan rekod kebangsaan dalam saingan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal membuka tirai hujung minggu ini.

Tawaran itu dibuat sebagai tanda UM komited dalam memberikan sokongan kepada setiap pelajarnya yang mampu menguasai dua bidang serentak samada akademik mahupun sukan.

Seiring dengan kelebihan selaku pasukan tuan rumah, tawaran ini dianggap relevan, dimana Naib Canselor UM, Datuk Seri Profesor IR. Noor Azuan Abu Osman, sendiri yang mengumumkan beberapa insentif ketika Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen berlangsung hari ini.

"Sebenarnya jika dilihat sebanyak 583 akan bertanding, universiti pertama yang berusia 121 tahun.

"Kami bukan sahaja mahu melihat pelajar kami hebat dalam akademik tetapi dalam sukan juga, perlu hebat kedua-duanya, "katanya.

Bagi acara sukan individu, sebanyak RM5000 telah ditawarkan kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas, RM3000 bagi pingat perak dan RM2000 bagi pingat gangsa.

Tidak ketinggalan acara berpasukan, sebanyak RM500 hingga RM1000 seorang ditawarkan kepada yang berjaya memastikan pingat emas, RM450 seorang bagi pingat perak dan gangsa sebanyak RM350 seorang

"Dalam tempoh ini UM selain mempersiapkan diri sebagai pasukan tuan rumah, kami juga perkasakan persiapan atlet sama ada individu atau berpasukan." tambah ketua kontinjen UM, Dr. Zamri Radzi.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement