Kelebihan dengan status pemain dari skuad kebangsaan membawa kepada kutipan mata terbaik dalam acara taekwondo poomsae berpasukan apabila pingat emas menjadi milik Universiti Malaya (UM).
Lebih manis gandingan Jason Loo Jun Wei, Randy Owen Agustine Linggi dan Chan Da Hui, itu membuka tirai kutipan pingat emas dalam temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Kekemasan menjadi elemen utama yang perlu dipastikan dalam acara ini dan hasil daripada pengalaman berguru dalam skuad utama negara sudah pasti sedikit sebanyak membantu UM untuk memastikan langkah kanan dalam penganjuran kali ini.
"Sangat teruja dapat markah tinggi. Saya tiada masalah bersama Randy kerana kami sudah bersama dalam kem negara.
Tuan rumah Universiti Malaysia memulakan kempen SUKIPT menerusi emas pertama dari taekwondo poomsae berpasukan lelaki pada Sabtu pic.twitter.com/NUmPehLccY
— FinaNasrom (@fnasrom) August 29, 2026
"Untuk Da Hui harus pantas mengikuti kami. Dia akan terima keyakinan dan tidak melakukan kesilapan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Tegas Jason lagi, pergerakan sempurna adalah pertimbangan total untuk mereka pastikan kelebihan dalam acara ini.