Skip to main content

Bola Sepak

SUKIPT 2026: Kontinjen IPT mula berkampung, persiapan akhir menjelang tirai pertandingan

SUKIPT 2026: Kontinjen IPT mula berkampung, persiapan akhir menjelang tirai pertandingan

Bahang Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 semakin terasa apabila atlet dan kontinjen institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara mula berkampung menjelang tirai pertandingan yang bakal dibuka esok.

Bertempat di Universiti Malaya, majlis perasmian kampung SUKIPT disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Pendidikan Tinggi, Ahmad Rizal Adnan, sekali gus menandakan bermulanya fasa akhir persiapan atlet sebelum turun mempertaruhkan nama institusi masing-masing.

Kehadiran kontinjen seawal sehari sebelum pertandingan turut dimanfaatkan atlet untuk menyesuaikan diri dengan suasana perkampungan, selain mempersiapkan mental dan fizikal sebelum menghadapi saingan sebenar.

Menurut Ahmad Rizal, perkampungan SUKIPT bukan sekadar menyediakan kemudahan logistik kepada atlet, malah menjadi platform untuk membentuk semangat kebersamaan dan persahabatan dalam kalangan peserta.

“Perasmian pada petang ini adalah sebagai satu lambang kepada bermulanya kejohanan SUKIPT untuk tahun ini, di mana perkampungan bukan sebenarnya sekadar untuk kita menyediakan aspek logistik kepada para atlet yang akan bertanding untuk SUKIPT pada tahun ini, tapi sebenarnya bakal membentuk kebersamaan, elemen persahabatan dalam sukan sebenarnya,” katanya.

Kehadiran atlet daripada pelbagai IPT turut menjadikan suasana perkampungan semakin meriah, dengan masing-masing mula menyusun strategi terakhir sebelum turun ke gelanggang pertandingan.

SUKIPT bukan sahaja menjadi medan untuk memburu pingat dan kejuaraan, malah platform penting dalam mencungkil bakat baharu daripada institusi pendidikan tinggi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dengan kesemua kontinjen kini mula berkampung, tumpuan selepas ini beralih sepenuhnya kepada gelanggang pertandingan.

Persoalannya, IPT mana yang mampu mendominasi SUKIPT 2026 dan muncul sebagai juara keseluruhan?
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement