Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT 2026: Emas pertama! UM dominasi acara poomsae berpasukan lelaki, TAR UMT cemerlang acara wanita

SUKIPT 2026: Emas pertama! UM dominasi acara poomsae berpasukan lelaki, TAR UMT cemerlang acara wanita

Universiti Malaya (UM) tampil cemerlang dalam saingan taekwondo Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 selepas meraih pingat emas dalam acara Poomsae Berpasukan Lelaki.

Gandingan Chan Da Hui, Jason Loo Jun Wei dan Randy Owen Anak Augustine Linggi memastikan UM berada di kedudukan teratas untuk membawa pulang pingat emas.

Pingat perak pula menjadi milik Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) menerusi Aaron Tan Jin Heng, Chin Yi Teng dan Ian Long.

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melengkapkan podium dengan pingat gangsa hasil persembahan Adam Frederick Ligadu Junior, Nikita Orow dan Ong Zi Vui.

Dalam acara Poomsae Berpasukan Wanita, TAR UMT pula mencatat kejayaan apabila merangkul pingat emas.

Tiga atlet yang menyumbang emas buat TAR UMT ialah Loh Wai Yee, Mieko Wong Yu Pei dan Yow Mei Xin.

Pingat perak menjadi milik Sunway University menerusi Jocelyn See Sze Yin, Rachjel Niee Tian En dan See Hui En.

Sementara itu, Universiti Malaya membawa pulang pingat gangsa menerusi Celia Chong Xi Xuan, Tan Yi Ern dan Vyan Lee Hui Jie.

Keputusan tersebut menyaksikan UM dan TAR UMT masing-masing mencatat pencapaian membanggakan dalam dua acara Poomsae Berpasukan yang dipertandingkan pada SUKIPT 2026, sekali gus menyerlahkan kekuatan institusi berkenaan dalam sukan taekwondo.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement