Bermula dari hasrat untuk pembentukan disiplin, membawa kepada impian untuk mewakili negara suatu hari nanti.
Sejak kecil anak ini memiliki sifat nakal sehingga ibunya melihat taekwondo satu-satunya sukan yang mampu mengawal disiplin anaknya.
Yow Mei Xin, dari Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) berkongsi cerita betapa pembentukan disiplin dari ibunya kini mengubah pandangannya terhadap sukan taekwondo itu sendiri.
Taekwondo ni sukan 'Handsome'
Jatuh cinta kepada kekemasan pergerakan sukan taekwondo bermula usia 7 tahun, Loh Wai Yee bersama rakan rakan dari Tengku Abdul Rahman UMT ungguli emas wanita bagi acara poomsae berpasukan pic.twitter.com/yXv12HBN6i— FinaNasrom (@fnasrom) August 29, 2026
Hasilnya, dia bersama rakan sepasukan yang lain, Mieko Wong Yu Pei dan Loh Wai Yee, cemerlang sumbang emas pertama buat TAR UMT dalam Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 selepas merebut markah tertinggi bagi poomsae wanita berpasukan pada sabtu.