Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA: Ze Zeng raih emas luncur ais

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ze Zeng raih emas luncur ais

Peluncur ais negara, Fang Ze Zeng, menghadiahkan pingat emas ke-11 buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand selepas menjuarai acara perseorangan lelaki.

Atlet berusia 20 tahun itu muncul juara dengan kutipan 157.22 mata, mengatasi wakil Thailand Aaron Kulvatunyou (137.98 mata) dan Paolo Borromeo dari Filipina (128.39 mata) di International Ice Skating Training Centre, Samut Prakan.

Advertisement

Kali terakhir Malaysia memenangi emas dalam acara ini adalah pada Sukan SEA Manila 2019 menerusi Julian Yee.

 

Must Watch Video