Skip to main content

Olahraga

Sukan SEA: Zaidatul Husniah beri bayangan bakal bersara?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zaidatul husniah

"Saya akan umum selepas berakhir acara di Bangkok," kata pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli, ketika di tanya sama ada Sukan SEA Thailand bulan depan akan menjadi penampilan terakhirnya atau tidak?

Pelari pecut itu, yang mesra disapa dengan panggilan Adik, kerap menekankan faktor usia menjadikan persiapannya untuk edisi kali ini amat berbeza berbanding sebelum ini, lebih-lebih lagi dengan komitmennya sebagai seorang guru.

Advertisement

"Insya-Allah saya akan mengumumkannya ketika Sukan SEA nanti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Sudah pasti (persiapan) berbeza kerana saya juga penat bekerja, jadi saya sendiri perlu jaga pemulihan saya.

"Mahu tidak mahu, saya perlu menghadapinya, dan sudah pasti saya akan mendorong diri sehabisnya dalam Sukan SEA nanti.

"Saya harap apabila Sukan SEA nanti, saya memiliki pemulihan secukupnya kerana faktor umur membuatkan saya benar-benar perlu menjaga pemulihan saya, ia amat penting."

 

Nike

Laju dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video