Seandainya sebelum ini tumpuan dalam acara skuasy tertumpu kepada kategori perseorangan, kali ini terdapat misi besar buat gandingan Low Wa Sern-Harith Daniel yang akan membawa cabaran negara menerusi acara jumbo doubles lelaki.
Acara yang cukup asing buat kem Malaysia ini kebiasaannya didominasi Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand, namun kali ini acara itu Kembali dipertandingkan sejak Sukan SEA Malaysia 2017.
Advertisement
Wa Sern berkongsikan meskipun fokus utama bukan kepadanya, ia tetap menjadi satu tekanan kerana ingin membuktikan sesuatu di Thailand nanti.
"Ia sangat berbeza berbanding acara perseorangan, saya beraksi dalam acara perseorangan sejak beberapa tahun.
"Ini kali pertama, saya rasa ia tidak ada perbezaan ketara selagi tahu cara untuk mengawal kekuatan, gelanggang sangat besar tetapi saya ada gandingan untuk membantu saya.
"Tekanan sama untuk memberikan kejayaan buat negara. Kami akan lakukan yang terbaik di dalam gelanggang nanti," katanya.
Pengarah kejurulatihan Persatuan Skuasy Raket Kebangsaan (SRAM), Andrew Cross, pula tidak meletakkan jangkaan tinggi untuk acara jumbo doubles kerana secara 'tradisional' Malaysia tidak selalu menyertai acara itu, namun harapan diletakkan untuk mereka membuat kejutan dalam temasya dwitahunan itu nanti.
"Acara jumbo doubles kembalibdan kami mengambil bahagian. Ia tidak mudah dan berbeza." tambahnya.