Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Ummi Mashitah tuai emas pencak silat dalam penampilan pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mashitah

Atlet pencak silat wanita negara, Ummi Mashitah Hassan, memulakan langkah kanan buat kem pencak silat selepas menyumbangkan emas pertama dalam kelas C 55-60kg, individu wanita, Sukan SEA Thailand 2025 di Arena Muang Thong Thani, Bangkok, sebentar tadi.

Taktikal Ummi yang kerap mengunci dan menjatuhkan pihak lawan memastikan dia menewaskan wakil tuan rumah, Anuntaya Niyompan, dengan keputusan 104-88.

Advertisement

Untuk rekod, ini merupakan penyertaan pertama Ummi di temasya Sukan SEA.

Dia menewaskan pesilat Indonesia, Dinda Noraidha, dengan keputusan 91-89 dalam separuh akhir semalam.

Tiga mata memisahkan pesilat negara yang beraksi dalam kategori 60-65 kg, Muhammad Izzul Irfan Marzuki, yang terpaksa akur dengan pingat perak apabila tewas kepada wakil tuan rumah, Phiraphon Mitthasan.

Izzul tewas 57-60 dalam pertarungan sebentar tadi.

Sementara itu, tiga lagi wakil negara akan turun sebentar lagi bagi merebut pingat emas.

Must Watch Video