Gabungan tiga acara tidak membawa sebarang kesulitan buat bekas juara dunia wushu negara, Tan Cheong Min, untuk menghadirkan pingat emas dalam acara gabungan nanquan, nangin dan nandao.
Dengan ketinggian 151cm (sentimeter) dan bertubuh kecil, Cheong Min mengakui situasi itu tidak membawa kelebihan untuknya namun dia berjaya mengatasi kekurangan itu dengan mendahului dengan markah keseluruhan 29.263 mata
Advertisement
Ia bukan perkara yang mudah untuk memancing mata juri memandangkan acara ini memerlukan gerakan yang kemas selain padanan suara yang besar dalam sesetengah gerakan.
Bagi individu yang memiliki badan kecil seperti Cheong Min, ia memberikan kesulitan bersifat minimal tetapi yang menariknya, keadaan itu tidak mengganggu pemarkahan juri terhadap dirinya.
Juara Dunia Tan Cheong Min menepati ramalan apabila memenangi pingat emas dalam acara Nanquan-Nandao-Nangun. Tahniah! 🇲🇾
Saksikan siaran langsung Sukan SEA 2025 di Astro Arena, saluran 801 & 802#SEAGamesThailand2025 • #33rdseagames pic.twitter.com/IcmhqydmOy— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) December 15, 2025
Sebaliknya Cheong Min sukar ditandingi dengan mengungguli kutipan pingat dalam ketiga-tiga acara, iaitu nanquan (9.743 mata), nangun (9.76 mata) dan nandao juga (9.76 mata).
"Daripada aspek fizikal mungkin dilihat sedikit rugi berdasarkan acara yang saya sertai yang perlu pamer interpretasi serta menjerit lebih kuat.
"Jika fizikal lebih besar mungkin akan meraih lebih perhatian juri, cara saya meraih perhatian mereka ialah apabila saya berada di dalam gelanggang, saya perlu lebih yakin untuk mendapatkan perhatian mereka sebelum saya memulakan persembahan saya," katanya.
Dalam pada itu, emas tidak di jangka hadir daripada acara dullian weapon wanita ibarat bonus untuk skuad wushu negara kali ini.
Pasukan negara dibarisi Cheong Min, Loh Ying Ting dan Pang Pui Yee yang hanya menjalani latihan kurang daripada dua bulan sebelum berangkat ke Thailand
"Rakan sepasukan sangat menyokong satu sama lain kerana ini acara berpasukan, kami perlu berkerjasama dengan baik." tambah Ying Ting.