Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Trio memanah negara raih emas ke-42 kontinjen negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Trio memanah negara raih emas ke-42 kontinjen negara

Malaysia meneruskan rentak membutir pingat emas apabila memasuki hari kesembilan Sukan SEA Thailand menerusi acara memanah compound sebentar tadi.

Beraksi dalam acara berpasukan lelaki, yang membariskan Juwaidi Marzuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Aiman Syafiq Mohd Tariki turun beraksi di final bertemu wakil tuan rumah.

Advertisement

Keputusan 232-229 menyaksikan Malaysia menang sekaligus meraih emas yang ke-42 dalam saingan Sukan SEA kali ini.

Must Watch Video