Pemain snuker negara, Thor Chuan Leong, menambah koleksi pingat emas keenam peribadinya selepas mengungguli acara 6-Red, snuker perseorangan lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok, sebentar tadi.
Atlet berusia 37 tahun itu mempertahankan gelaran sekali gus mencipta pingat emas ke-10 negara hari ini selepas menewaskan wakil tuan rumah, Danjirakul Poramin, 5-2.
Advertisement
EMAS KE-10 KONTINJEN MALAYSIA
Thor Chuan Leong raih emas keenam kariernya di Sukan SEA selepas benam atlet Thailand di acara 6-Red Snooker, Thor juga berjaya pertahan dominasi Malaysia dalam acara sama sejak 2 edisi lalu 🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/K9bKAHPbPe— Kamal Nizam (@kamalnizamm) December 12, 2025
Meskipun Thor sudah beraksi dalam temasya dwitahunan itu sejak edisi 2007, dia mengakui sedang berlawan dengan fikirannya sendiri selepas wujud tekanan dalam menghadiahkan pingat emas buat negara.
Thor berkongsikan program latihan selama lapan hingga 10 jam setiap hari dilakukan hanya untuk kejayaan hari ini, mendapatkan emas snuker 6-red yang kali terakhir dimilikinya pada edisi di Naypiydaw 2013.