Skip to main content

Memanah

Sukan SEA Thailand: Tekanan tinggi tak halang Syaqiera Mashayikh komited butirkan kilauan pingat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syaqierah

Olimpian memanah negara, Syaqiera Mashayikh, mengakui wujudnya tekanan tinggi dalam menghadapi temasya Sukan SEA Thailand 2025 kali ini dengan saingan tahap olimpik daripada negara jiran.

Salah satunya adalah untuk menebus maruah di saingan berpasukan wanita dimana wakil negara gagal membawa pulang pingat daripada temasya dwritahunan itu edisi di Hanoi 2021.

Advertisement

Untuk rekod, pungutan pingat atlet memanah recurve negara di Sukan SEA yang seringkali berjaya membutirkan pingat.

Kali terakhir wakil berpasukan Wanita negara merangkul pingat adalah pada tahun 2017 ketika penganjuran di Kuala Lumpur, berbeza dengan berpasukan campuran yang sudahpun membawa pulang tiga pingat perak dan satu gangsa dalam empat edisi terakhir temasya paling berprestij di Asia Tenggara itu.

"Bagi saya tekanan tinggi juga, saya juga sudah bersedia dan percaya dengan pasukan, bukan kami sahaja dengan status olimpian, tetapi ada atlet dari Indonesia dan Vietnam.

"Memang ada saingan kuat, memang kami bersedia. Bagi saya daripada pasukan recurve wanita, kerana kami tiada pingat ketika edisi di Hanoi. Mungkin kali ini kami akan bawa pulang pingat." katanya.
 

Must Watch Video