"Misi belum selesai"
Pemanah compound negara, Juwaidi Marzuki, menjadikan Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 sebagai penanda aras baharu sebelum mempertimbangkan keputusan untuk mengumumkan persaraan sejurus berakhir kempen Sukan SEA Thailand.
Advertisement
Untuk rekod, acara berpasukan campuran compound akan dipertandingkan buat pertama kali dalam pentas Olimpik LA 2028, sekali gus menjadi peluang terbaik buat Juwaidi meletakkan namanya sebagai Olimpian.
Juwaidi kempunan mempertahankan emas individu dan berpasukan campuran ketika dia bersama trionya berjaya merampas emas berpasukan lelaki di bumi Thailand.
Pulang dengan satu emas dan satu perak, Juwaidi tidak menyimpan sebarang rungutan terhadap penampilan keenamnya dalam temasya dwitahunan itu edisi 2013 di Naypyidaw, Myanmar.
"Saya ada sasaran lebih besar dalam karier saya iaitu menyertai Sukan Olimpik.
🚨Malaysia rampas emas dalam compound berpasukan lelaki menerusi trio Juwaidi-Aqil-Aiman! 🏹🇲🇾🥇@ASTROARENA pic.twitter.com/KqEBVZZmXU
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 18, 2025
"Sesuatu yang lebih besar daripada Sukan SEA harus diberi tumpuan khusus," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Ini bermakna, Juwaidi kekal membawa cabaran negara dalam Sukan SEA Malaysia 2027.