Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Tak guna kita menang hari ini, 34 tahun lagi baru menang lagi sekali -- Sumali Reduan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sumali

“Ini paling manis kerana kita mencipta sejarah di bumi Thailand sebab kita selalu rebah di bumi sendiri”

Demikian luahan penuh makna Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan, yang dilabel arkitek kebangkitan sepak takraw negara.

Advertisement

Ia, sejurus skuad negara muncul juara dalam acara regu, termasuk berpasukan dalam Sukan SEA Thailand, sekali gus melengkapkan emas berganda bagi mengulangi pencapaian Sukan SEA Manila 1991.

Sumali bagaimanapun menegaskan kejayaan bersejarah di bumi Thailand perlu dijadikan titik tolak untuk kesinambungan prestasi dan bukan bersifat sementara.

"Alhamdulillah kita berjaya mencipta dua sejarah.

"Satu pencapaian paling membanggakan. Sepak takraw sudah capai semua sasaran.

"Seterusnya, masa untuk mencari konsistensi.

"Itu yang paling penting dan tak guna juga kita menang hari ini, 34 tahun lagi baru menang lagi sekali," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
 

Must Watch Video