Skuad hoki ais wanita negara terpaksa terima hakikat tewas 1-4 menentang Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Sukan SEA Thailand walaupun bermain dengan baik, hari ini.
Ketua jurulatih hoki ais wanita negara, Don Kerfoot, tidak menganggap kekalahan ini sebagai langkah kiri selepas apa yang ditonjolkan anak buahnya sepanjang perlawanan.
Advertisement
Baginya, banyak perkara dapat dipelajari anak buahnya dan pasti akan memperbaiki segala kesilapan menjelang perlawanan kedua menentang tuan rumah, dua hari lagi.
"Perlawanan berlangsung sengit dan seimbang.
"Pihak lawan banyak melakukan asakan tetapi penjaga gol memastikan kami dapat terus bersaing.
"Begitu juga dengan penjaga gol mereka dan mereka berhasil mengatasi kami.
"Kami berhasil memberikan cabaran perlu perbaiki kesilapan mudah dengan harapan bertambah baik ketika bertemu Thailand," katanya.
Sementara itu, kapten hoki ais wanita negara, Kimberly Wan, enggan melabel kekalahan kepada Singapura sebagai penutup temasya dwitahunan tersebut.
Berbaki dua perlawanan lagi, Kimberly menjanjikan dia dan rakan sepasukan akan kembali bangkit, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir.
"Kami perlu menilai semula kekalahan ini.
"Setiap perlawanan adalah dan keputusan lalu tidak menggugat kami," katanya.