Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Skuad futsal negara bangkit lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Skuad futsal negara bangkit lakar kemenangan

Susulan tewas dalam aksi pertama, skuad futsal negara mengorak langkah kemenangan apabila menewaskan Vietnam di Sukan SEA Thailand, sebentar tadi.

Kekalahan 1-7 di tangan tuan rumah semalam tidak meruntuhkan moral skuad negara apabila bertemu Vietnam dalam aksi yang berlangsung di Bangkok Thonburi University.

Advertisement

Malaysia ketinggalan terlebih dahulu pada minit ketiga menerusi Nguyen Da Ha sebelum mereka membalas dengan empat gol berturut-turut menerusi Harith Naim, dua gol Syahir Iqbal Khan dan Awaluddin Mat Nawi.

Vietnam cuba bangkit dengan mengurangkan defisit jaringan hasil gol Nguyen Manh Dung namun ia tidak memberikan kesan untuk Malaysia memastikan kemenangan dalam aksi kedua.

 

Must Watch Video