Kem berpasukan wanita negara tersingkir dalam separuh akhir Sukan SEA Thailand apabila tewas kepada seteru utama, Indonesia, sebentar tadi.
Juara Masters Jepun, Pearly Tan-M. Thinaah, menyumbang mata pertama untuk mengikat kedudukan 1-1 walaupun bertempur dalam aksi rubber set 21-14, 17-21, 21-16.
Advertisement
Meskipun mendahului 2-1 selepas Wong Ling Ching atau dikenali sebagai Astrid mengalahkan pemain ranking ke-10 dunia, Gregoria Mariska Tunjung, namun Malaysia terpaksa menerima kenyataan apabila tidak berhasil melangkah ke final acara itu.
Gandingan Toh Ee Wei-Goh Pei Kee pula mengalami nasib berbeza apabila kandas kepada beregu wanita Indonesia 9-21, 10-21.
Misi akhiri penantian 8 tahun ke final tak kesampaian, skuad berpasukan wanita negara tewas 2-3 kepada Indonesia di separuh akhir. Gangsa untuk Malaysia. 🥉@ASTROARENA pic.twitter.com/yU33JBXFzN
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 8, 2025
Untuk rekod, kem wanita terpaksa menunggu lebih lama tatkala penantian lapan tahun belum berkunjung tiba.
Di sebalik kekecewaan itu, Malaysia memiliki pingat gangsa pertama kontinjen ke kejohanan dwitahunan itu.