Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Siti Aqilah bukan sekadar pelengkap kuota angkat berat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

angkat berat

Siti Aqilah Farhana Draman merupakan pendatang baru di pentas angkat berat elit Asia Tenggara.

Akan tetapi, peningkatan prestasinya cukup luar biasa.

Advertisement

Siti Aqilah berjaya menduduki kedudukan podium kategori lebih 77kg  Sukan SEA Thailand selepas berjaya mengangkat bebanan 105 kilogram snatch dan 135 kilogram clean and jerk.

"Saya menyertai Sukan SEA pun kerana untuk cukupkan kuota tapi tak sangka dapat gangsa.

"Saya harap dapat menukar warna medal tapi saya perlu konsisten dan berusaha dalam latihan," kata atlet dari Terengganu itu.

Momentum positif kem negara diteruskan Farris Haikal Kamarul dalam kategori 94 kilogram ke atas.

Farris Haikal melengkapkan penampilan bersejarah kem negara dalam temasya dwitahunan nini apabila menyumbang pingat kelima.

Gangsa menjadi miliknya selepas mengangkat bebanan keseluruhan 335 kilogram.

"Saya memang sasarkan untuk menguasai tiga kedudukan terbaik.

"Saya harap dalam memenangi perak atau emas pada 2027.

"Saya mahu layak ke Sukan Komanwel sambil berharap kedua-dua belah bahu ini pulih sepenuhnya," katanya. 
 

Must Watch Video