Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Saya tunggu pingat emas ini sejak 2021 -- Khiew Hoe Yean sambar emas 400m gaya bebas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khiew

"Saya tunggu pingat emas ini sejak 2021"

Penantian jaguh renang negara, Khiew Hoe Yean, untuk menjelmakan kilauan emas dalam acara 400m (meter) gaya bebas lelaki Sukan SEA Thailand 2025 akhirnya terlerai selepas muncul juara.

Advertisement

Ia sekali gus menyaksikan olimpian negara itu menghapuskan badi kepada perenang Vietnam yang sebelum ini menafikan hasratnya merangkul emas dalam edisi di Kemboja dan Vietnam.

 

 

Hoe Yean mencatatkan catatan masa 3:50.63s untuk menewaskan Tran Van Nguyen Quoc (3:53.18s) dan Nguyen Huy Hoang (3:53.50s) dari Vietnam.

"Ini merupakan kali pertama saya memenangi pingat emas 400m dalam temasya Sukan SEA, saya telah menunggu ini sejak 2021 dan akhirnya berjaya.

"Saya kalah kedua-dua perebutan pingat kepada Vietnam, jadi ia mendorong diri saya lebih dan lebih lagi sehingga ke hari ini." katanya.

Must Watch Video