Bukat setakat jaringan, malah kemanangan paling bermakna.
Bintang Kuala Lumpur (KL) City, Haqimi Azim Rosli, mendedikasikan jaringan dan kemenangannya buat bapa tirinya, Shahrol Asikin Shariff, yang meninggal dunia disebabkan serangan angin ahmar minggu lalu.
Advertisement
"Gol ini untuk arwah bapa saya. Saya balik sementara ke Malaysia tempoh hari demi penghormatan terakhir buat bapa saya.
"Dan, saya datang semula ke Bangkok bergabung dengan pasukan.
📸 Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Nafuzi Zain meraikan kejayaan meraih Pingat Gangsa bagi acara Bola Sepak Lelaki di Sukan SEA 2025 Thailand selepas menewaskan Filipina dengan keputusan 2-1, petang tadi. pic.twitter.com/sKOUGcRClC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 18, 2025
"Saya agak penat. Saya masih bermain kerana tiada pemain lain ekoran kecederaan.
"Saya berkorban demi keluarga untuk pasukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Perjuangan pemain berusia 22 tahun itu menyaksikan dirinya terpaksa ulang-alik Malaysia-Thailand demi melihat bapanya buat kali terakhir, sebelum terbang kembali ke Bangkok untuk membantu Harimau Muda meraih pingat gangsa Sukan SEA Thailand.