Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Saya bangga dengan Nafuzi... -- Peter Cklamovski

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak lelaki bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan selepas merangkul pingat gangsa dalam Sukan SEA Thailand 2025, hari ini.

Tiada apa yang lebih membanggakan melihat kejayaan Harimau Muda yang melepasi sasaran yang ditetapkan, meskipun menghadapi rintangan tanpa nama besar dan waktu persiapan singkat.

Advertisement

Menerusi tangkap layar di Instagram story pengendali pasukan senior itu, Cklamovski juga menghargai perjuangan para pemain sehingga mampu mengakhiri kejohanan di tempat ketiga.

 

"Saya bangga dengan jurulatih, Nafuzi Zain, dan seluruh barisan kejurulatihan serta para pemain," katanya.

Untuk rekod, Harimau Muda membawa pulang pingat buat kali pertama sejak 2017.

Dan, ia merupakan pingat gangsa pertama sejak edisi 2005.

Must Watch Video