Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Sah! Semua sukan di Songkhla berpindah ke Bangkok akibat banjir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

songkhla

'Cluster' Songkhla sah ditutup!

10 sukan yang dijadualkan berlangsung di wilayah itu telah dipindahkan ke Bangkok bagi Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 21 Disember ini.

Advertisement

Dalam satu kemas kini Facebook rasmi temasya dwitahunan itu malam tadi, mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea ke-33 dan Sukan Para Asean ke-13 yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Atthakorn Sirilatthayakon, sebulat suara bersetuju mengumumkan keputusan berkenaan susulan bencana alam yang melanda kawasan tersebut.

 

 

Kejadian banjir di selatan Thailand itu telah mengakibatkan beberapa venue terkesan, dan akan mengambil masa yang lama untuk proses pemulihan, sekali gus bakal merencatkan penganjuran berprestij Asia Tenggara (ASEAN) itu.

Sebanyak 10 acara sukan yang akan dipindahkan ke Bangkok dari Songkhla ialah Muay Thai, bola sepak lelaki, catur, kabaddi, wusyu, pencak silat, judo, petanque, karate dan gusti.

Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) kecemasan bagi membantu kontinjen negara menghadapi sebarang situasi luar jangka termasuk bencana.

Must Watch Video