Bukan satu keputusan mudah, namun kecederaan memaksa Shereen Samson Vallabouy menarik diri daripada menyertai Sukan SEA Thailand kali ini.
Susulan fasa pemulihan selepas mengalami hamstring, pelari berusia 27 tahun itu sah meninggalkan kem olahraga negara meskipun terasa berat hati kerana potensi yang dimiliki mampu membanggakan Malaysia.
Advertisement
Ia, sekali gus menyaksikan skuad kebangsaan akan terlepas untuk mempertahankan kejuaraan 400 meter (m) dalam edisi kali ini.
Juara bertahan itu sepatutnya menjadi tunjang acara tersebut selain 4x100m wanita dan 4x400m wanitan serta campuran.