Gimnas kebangsaan, Rachel Yeoh Li Wen, membuktikan kelasnya apabila dia meraih emas dalam acara palang tidak sejajar dalam gimnastik artistik saingan Sukan SEA Thailand.
Rachel, yang turut merangkul mahkota dalam acara tersebut pada edisi 2021 di Vietnam, mencatatkan 13.300 untuk sekali lagi menang di Universiti Thammasat di Pathum Thani sebentar tadi.
Advertisement
Nguyen Thi Quynh dari Vietnam menduduki tempat kedua,
Dalam acara melombol, Yeap Kang Xian dari Malaysia memenangi gangsa dengan skor 12.800.
Dalam acara lelaki, Luqman Al-Hafiz memenangi perak bagi acara senaman lantai selepas mencatatkan 12.833 manakala gangsa untuk Sharul Aimy, yang mencatatkan 12.267 dalam kekuda berpelana.