Skip to main content

Sepak Takraw

Sukan SEA Thailand: PSM laung misi dominasi sepak takraw Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

PSM

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan, menuntut skuad lelaki negara agar memecah dominasi tuan rumah dalam Sukan SEA Thailand yang bermula Selasa depan.

Meskipun hanya meletakkan sasaran pingat emas bagi acara regu dan kuadran, Sumali masih mengharapkan keajaiban dalam acara regu berpasukan lelaki yang menyaksikan Malaysia masih lagi kemarau emas selama 34 tahun.

Advertisement

Kali terakhir skuad negara menang ke atas musuh tradisi itu dalam acara berpasukan ialah ketika Sukan SEA Manila 1991.

"Kami pernah kalahkan Thailand dalam Piala Dunia dan Piala Asia.

"Cuma pingat emas sepak takraw dalam Sukan SEA yang dimenangi kami, tiada wakil Thailand.

"Mungkin final kami akan jumpa Thailand. Selaku tuan rumah, Thailand masuk dalam kesemua acara jadi ada dan ia akan menjadi kejayaan paling manis jika kami mengalahkan mereka.

"Kami juga menyasarkan dua gangsa buat skuad wanita," katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun, menegaskan pasukannya sudah bersedia bagi menghadapi Sukan SEA Edisi Ke-33 ini.

Pengendali kelahiran Ulu Tiram, Johor itu turut mengesahkan akan mengekalkan gandingan trio Negeri Sembilan Antlers iaitu Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan serta Zuleffendi Sumari yang akan menjadi antara sandaran utama Malaysia dalam temasya dwitahunan itu.

"Kami meletakkan regu utama dengan regu Negeri Sembilan Antlers akan dikekalkan di samping regu (yang ditunjangi tekong) Syahir (Rosdi),  Zulkifli Abdul Razak dan Zarif Marican Ibrahim Marican yang dijadikan senjata bagi acara berpasukan.

"Thailand berkeyakinan untuk capai emas dalam berpasukan, tapi kami ambil positif dan tidak mustahil untuk mencapai kejayaan.

"Saya mengharapkan semua pemain bersiap sedia untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat negara," katanya. 

Must Watch Video