Pemenang tiga pingat emas Sukan SEA, Datuk Razif Sidek, kecewa apabila kem badminton negara gagal meraih lebih banyak kilauan emas dalam temasya dwitahunan itu di Thailand.
Keadaan itu dianggap sebagai suatu tragedi malang kerana pasukan kebangsaan menurunkan barisan terkuat dan lengkap di Thailand.
Advertisement
Mengulas mengenai ulasan Rexy Mainaky yang sedia bertanggungjawab dengan kegagalan skuad badminton kebangsaan, dia berasakan keputusan kem badminton adalah tanggungjawab kolektif dan bukan terletak kepada pengarah dan jurulatih sahaja.
"Kita lihat prestasi pasukan badminton kita tidak begitu menyerlah dalam Sukan SEA kali ini dimana sasaran mereka adalah empat pingat emas.
#SEAGames2025 | Individual Events
WD | FINALS#MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah Muralitharan 1️⃣ def. #INA🇮🇩 Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 21-16 19-21 21-17
⏱️ 1h 26m
*Pearly–Thinaah strike GOLD for Malaysia in Bangkok!
The victory ends a 10-year wait for a… pic.twitter.com/3c91pyCpSA— BAM (@BA_Malaysia) December 14, 2025
"Tetapi hanya satu emas menerusi beregu wanita, terpulang kepada BAM, mereka yang menentukan," katanya.
Begitupun, Razif berpuas hati dengan peningkatan yang dipamerkan beregu campuran dan wanita negara yang berjaya mara sehingga peringkat separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Hangzhou, China.
"Mereka beraksi dengan baik dan bertungkus lumus mahu mencipta sejarah, satu lagi ganjaran kemenangan besar dan masing-masing berusaha sedaya upaya." tambahnya Ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.