Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Poomsae campuran negara terkilan keputusan berat sebelah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

poomsae

Hasrat untuk melihat kilauan pingat emas pertama Sukan SEA Thailand menerusi lapangan sukan taekwondo tidak berlaku.

Pasangan campuran negara, Jason Loo dan Nur Humaira Abdul Karim, terpaksa akur dengan keputusan yang memihak kepada tuan rumah walaupun catatan mata mereka terikat 8.460 mata.

Advertisement

Kontinjen negara lantas melancarkan protes terhadap keputusan yang dianggap berat sebelah ini, namun pengurus, Datuk Sheikh Muzaffar Sheikh Mustafa, diberi penjelasan wakil negara perlu akur dengan kelebihan 0.04 mata daripada sistem pemarkahan milik Thailand.

"Kami benar-benar kecewa diberi kekalahan.

"Walaupun markah sama, pemenang dipilih melalui persembahan," katanya.

Sebagai pilihan utama untuk mengisi podium teratas berikutan masih segar dengan kejayaan gangsa dalam Kejohanan Dunia minggu lalu, keputusan ini seolah-olah merobek semangat Nur Humaira yang memiliki keyakinan untuk menyumbangkan emas pertama negara.

"Kami konsisten dalam latihan dan dicanang untuk memenangi emas pertama buat Malaysia.

"Apa sahaja boleh berlaku dan mereka adalah peserta tuan rumah," katanya.

Bagaimanapun, detik Chin Ken How menghadirkan pingat pertama negara -- gangsa menerusi acara poomsae individu lelaki -- menawarkan kelegaan.

Walaupun acara ini tiada dalam sasaran podium, Ken How membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil.

"Saya telah berikan yang terbaik, curahkan segala kudrat untuk menjamin gangsa buat negara," katanya. 
 

Must Watch Video