Skip to main content

Badminton

Sukan SEA Thailand: Permainan Aidil Sholeh belum stabil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Jurulatih pemain profesional negara, Nova Armada, tidak berpuas hati dengan perkembangan Aidil Sholeh Sadikin selepas langkahnya tersekat dalam pusingan 16 Terbuka Australia, kelmarin, kepada perseorangan meningkat naik Jepun, Yushi Tanaka.

Sebelum itu, Aidil Sholeh menunjukkan prestasi cemerlang dalam pusingan 32 apabila menewaskan wakil Persatuan Badminton Malaysia, Eogene Ewe.

Advertisement

Nova menegaskan Aidil Sholeh perlu terus memperkukuh kekuatan mental dan fizikalnya bagi menyaingi pemain bertaraf dunia.

Dengan namanya sudah disahkan dalam senarai atlet ke Sukan SEA Thailand, pemain berusia 25 tahun itu kini lebih berkeyakinan untuk mempamerkan aksi terbaik sebagai perseorangan lelaki ketiga negara, khususnya dalam situasi penentuan mata.

"Masih kurang otot, tempoh hari juga begitu masih kurang bermati-matian. Paling tidak, dia perlu buktikan (statusnya) sebagai pilihan ketiga Malaysia ketika bertemu Eogene.

"Selepas itu tahap permainannya berubah lagi, belum stabil lagi tapi saya yakin Malaysia mampu ke final acara berpasukan Sukan SEA," katanya.

Nova turut menyambut baik cadangan pemain profesional mengadakan latihan pemain di bawah naungan BAM menjelang temasya itu.

"Ia satu langkah yang bagus asalkan bukan selepas atlet menyertai kejohanan," katanya lagi. 
 

Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Topik Berkaitan

Must Watch Video