Atlet bola tampar pantai negara, Tasha Mae, tidak kekok mahu menetapkan sasaran ke peringkat yang mampu menghadirkan kilauan pingat buat negara, walaupun hakikatnya persaingan tidak mudah lebih lebih lagi menentang wakil Thailand yang merupakan pasukan tuan rumah.
Kehadiran Tasha yang pulang awal ke Malaysia demi persediaan ke temasya Sukan SEA 2025 nanti diharapkan benar-benar akan memberikan impak kepada skuad negara, selaku pemain yang memiliki pengalaman yang banyak dalam saingan luar negara.
Advertisement
"Saya rasa peluang sentiasa ada, ia adalah mengenai bagaimana persediaan daripada aspek mental dan fizikal dalam baki beberapa hari lagi ini.
"(Cabaran) Mungkin pasir, cuaca dan berapa dalam keadaan pasir dalam gelanggang nanti," katanya.
Jurulatih negara, Chia Chou Hwa, menegaskan tiada istilah kelebihan atau kekurangan mana-mana penyertaan ketika ini, memandangkan barisan negara juga tampak berjaya mengimbangi situasi itu.
"Daripada beberapa pasukan yang kami sudah buat pemerhatian termasuk Indonesia, Filipina, kelebihan kami adalah kekurangan mereka.
"Sekiranya kami mampu gunakan kelebihan dengan baik, saya rasa kami ada peluang yang baik." tambahnya.