Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Pengalaman olimpian bantu trio recurve wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

recurve

Pemanah recurve wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi, mengakui pengalaman Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi azimatnya untuk menyumbang pingat perak Sukan SEA Thailand, hari ini.

Walaupun bukan kilauan emas, ia tetap dianggap hebat memandangkan olimpian negara itu membuat kemunculan sulungnya dalam temasya dwitahunan ini bersama gandingan baharu, Joey Tan dan Ku Nurin Ku Afiqah Ku Ruzaini.

Advertisement

Malah, pelajar jurusan pengurusan Multimedia University itu bersama rakan sepasukannya tewas 3-5 kepada trio Indonesia dalam aksi final, iaitu antara barisan sama yang menumpaskan trio negara -- di samping Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohamad Fazil -- dalam Paris 2024.

"Sebagai seorang olimpian, saya datang dengan harapan dan tekanan.

"Ia perjalanan yang menawan walaupun ke Sukan Olimpik terlebih dahulu.

"Saya harap ia memberi inspirasi kepada yang lain" katanya.

Sementara itu, skuad recurve lelaki negara mempertahankan gangsa yang dimenangi dalam edisi Hanoi 2021 setelah menewaskan tuan rumah 5-3 di Lapang Sasar Memanah Sports Authority of Thailand.

"Kami menyukai cuaca yang panas dan terik sebegini berbanding hujan serta berangin," kata Zarif Syahiir Zolkepeli.

Tambah Syafiq Busthamin: "Rakan sepasukan membantu saya untuk mengharungi satu pertarungan yang sengit."

 

Must Watch Video