Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Penerjun berbakat sedang digilap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukan sea thailand

Kem terjun negara melalui antara tempoh terburuk apabila membawa pulang dua pingat emas dan satu gangsa dalam Sukan SEA Thailand 2025.

Jurulatih terjun negara, Ooi Tze Liang, ruang agar diberikan kepada anak buatnya ketika ini memandangkan mereka dalam proses transisi dengan matlamat melahirkan lebih ramai atlet muda bagi mengganti 'generasi emas' sedia ada.

Advertisement

"Sesiapa dalam fizikal dan prestasi yang bagus, dialah pemenangnya.

"Tiada lagi alasan lain.

"Saya percaya atlet pelapis boleh jadi lebih baik daripada saya, cuma mereka perlu diberikan sedikit masa," katanya.

Sementara itu, Pengurus Berprestasi Tinggi Terjun, Desdemona Mollon, menganggap apa yang dicapai atlet muda dalam temasya edisi ke-33 itu sangat memuaskan.

Walaupun hanya dua emas kali ini, Desdemona memberi jaminan ia bukan prestasi sebenar barisan atlet muda ini kebangkitan yang bakal ditonjolkan dalam Sukan SEA di Malaysia, dua tahun lagi.

"Mereka sedang menaikkan darjah kesukaran.

"Kami harap penyokong tidak begitu mengkritik.

"Hanya Syafiq Puteh merupakan penerjun senior dan boleh dikatakan hanya dia yang menyempurnakan segala darjah kesukaran.

"Saya gembira dengan prestasi mereka berdasarkan darjah kesukaran.

"Tahun depan akan jadi satu batu loncatan, lebih besar berbanding Sukan SEA. Semua penerjun akan dihantar menyertai kejohanan untuk melahirkan lebih ramai penerjun berkualiti.

"Sekiranya mereka layak (mewakili negara maka) mereka akan menyertai kejohanan," katanya. 
 

Must Watch Video