Keterujaan tiga wirawati negara, Mandy Cebelle Chen, Sydney Chin dan Loh Ying Ting, tergambar selepas sah merangkul pingat emas acara final wusyu, duilian tanpa senjata wanita sebentar tadi.
Mereka juga sempat berkongsi mengenai latihan keras yang perlu dilalui untuk Sukan SEA Thailand akhirnya membuahkan hasil lumayan, lebih-lebih lagi dalam edisi 2023, Malaysia sekadar berada di ranking kelima.
Advertisement
"Kami mula berlatih sejak Jun lalu," dedah Sydney.
Tambah Ying Ting: "Kami mengadakan tiga sesi latihan setiap hari sempena Sukan SEA."
Menurut Mandy Cebelle: "Kami amat gembira kerana menyumbangkan emas pertama daripada kem wusyu."
Sementara itu, presiden persekutuan wushu malaysia, datuk chong kim fatt, menyifatkan emas pertama buat kem wushu negara di Thailand ini, sebagai permulaan terbaik menjelang Sukan SEA Malaysia 2027.
"Beraksi secara bertiga lebih sukar dan menawarkan mata yang lebih tinggi.
"Saya memang sudah menduga mereka berpotensi untuk muncul juara kalau tiada sebarang kesilapan.
"Kami memang menggalak atlet menuju temasya 2027. Inilah titik permulaannya," katanya pula.