Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Peminat puji penganjuran STL pacu kecemerlangan skuad negara atasi Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

SEA Games STL

Rata-rata peminat sukan sepak takraw bersetuju penganjuran berkelas dunia saingan Liga Sepak Takraw (STL) menjadi pemicu skuad negara berhasil menamatkan penantian 34 tahun memenangi pingat emas acara regu berpasukan dalam Sukan SEA Thailand hari ini.

Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara itu adalah dalam edisi di Manila, Filipina, pada 1991 di mana ketua jurulatih skuad kebangsaan, Ahmad Jais Baharom, turut mewakili negara ketika itu.

Advertisement

Dengan adanya saingan STL, pemain negara memiliki siri perlawanan berkualiti sepanjang musim dan ia secara tidak langsung meningkatkan kualiti permainan dan kekuatan mental mereka.

Ini terbukti ketika pemain negara kelihatan tenang mengatasi Thailand 2-1 dalam acara final regu berpasukan lelaki di Nakhon Pathom, biarpun kerap ketinggalan jauh pada awal permainan.

Perkara itu turut diakui peminat sukan berkenaan:

Must Watch Video