Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Pemenang pingat gangsa sukan kanu negara ada pesanan?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kanu

Mohamad Nazrin Najib dan Azlyn Farhana daripada acara kanu slalom tidak ketinggalan untuk menambah bilangan pingat gangsa dalam Sukan SEA Thailand pada hari pertama petang tadi.

Di sebalik kejayaan tersebut, Nazrin Najib meletakkan harapan besar terhadap sukan tersebut agar terus berkembang pada masa akan datang.

Advertisement

"Saya berharap bahawa pihak Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dapat menyokong kami dalam beberapa aspek.

"Antaranya ialah peralatan, tempat latihan dan banyak lagi," katanya di Nadi Arena.

Bagi Azlyn pula, dia mahu sukan ini menjadi prospek terbaik menjelang penganjuran di Kuala Lumpur (KL) pada 2027.

"Harapan saya ialah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dapat memasukkan sukan ini dalam temasya berikutnya di tempat sendiri," katanya.

Must Watch Video