Perseorangan skuasy wanita negara, Noor Ainaa Amani Ampandi, menyumbangkan pingat emas dalam penampilan pertamanya menerusi acara perseorangan wanita, Sukan SEA Thailand 2025 di Kolej Vajiravudh, Bangkok, sebentar tadi.
Dua menewaskan rakan senegara, Yee Xin Ying 11-7, 12-10, 8-11, 11-4, untuk menyumbangkan pingat emas ke-47 negara.
Advertisement
Pelukan ibu is the bestt !
Pemain skuasy negara Nur Aina Amani Ampandi gagal menahan tangis.
Kejayaan emas pertama Sukan Sea di Thailand di sambut dengan pelukan bermakna ibunya Noor Suria Awang Hassan yang turut berada di Bangkok beri sokongan buat anak kesayangan 🤍🤍 pic.twitter.com/SHGMCrseLm— FinaNasrom (@fnasrom) December 19, 2025
Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, berkongsikan momen Ainaa menyambut kemenangannya dengan tangisan bersama ibunya, Noor Suria Awang Hassan, yang turut hadir di venue bagi memberikan sokongan.