Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Nur Suryani ingin lahirkan lebih ramai penembak pelapis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

menembak

Malaysia mencatat rekod kebangsaan acara 50 meter rifle 3 posisi wanita berpasukan selepas tiga penembak negara, Gan Chen Jie, Alia Husna Budruddin dan Leftenan Nur Suryani Taibi mencatat 1717 mata secara keseluruhan.

Kejayaan itu meletakkan mereka di ranking kedua keseluruhan untuk meraih pingat perak untuk saingan berpasukan.

Advertisement

Bagi penembak senior, Nur Suryani, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai atlet senior untuk menaikkan semangat penembak muda.

Walaupun tidak layak ke final acara individu, tetapi dapat menjadi sebahagian dalam melakar rekod kebangsaan ini menjadi kebanggaannya dan Nur Suryani juga tidak akan menolak sekiranya khidmatnya masih ditagih menjelang Sukan SEA Malaysia 2027.

"Saya berpuas hati sebab telah bertungkus-lumus dalam ketiga-tiga terbaik.

"Tapi daripada segi mata agak tidak berpuas hati sebab sepatutnya mampu melakukan yang lebih baik.

"Kami saling memberi sokongan dalam acara berpasukan. Saya pastikan pastikan kami kuat terutama daripada segi mental -- ketika mereka berasa ragu-ragu dan bantu mereka bertenang.

"Saya ingin tarik lebih ramai pelapis kerana belum mencukupi agar saya boleh bersara (seloroh).

"Lebih ramai atlet maka persaingannya boleh membantu keputusan yang lebih baik," katanya.

 

 

Must Watch Video