Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Mungkin perlu ada pelan kontigensi -- Kenny Goh ikuti rapat situasi banjir di Songkhla

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kenny goh

Timbalan Chef De Mission (CDM) Malaysia ke temasya Sukan SEA Thailand 2025, Datuk Kenny Goh, mengesahkan pihaknya sedang memantau keadaan semasa di Songkhla, Thailand secara rapi susulan isu banjir di venue temasya dwitahunan itu.

Walaubagaimanapun, Kenny turut memberikan jaminan akan wujudnya pelan kontigensi secara menyeluruh dengan kerjasama pihak tuan rumah jika isu terbabit berterusan.

Advertisement

Songkhla melibatkan sebanyak 10 acara sukan termasuk bola sepak, catur, judo, karate, muay, pencak silat, gusti, wushu dan futsal

"Saya difahamkan urusetia sedang memantau keadaan di sana, urusetia sentiasa berhubung dengan pihak penganjur, kami masih menunggu lagi. Bagi saya masih ada masa dan temasya bermula minggu kedua bulan Disember.

"Jika keadaan tidak mengizinkan, kita mungkin perlu ada pelan kontigensi." katanya.

Must Watch Video